Program : Taklimat Advokasi E-Waste, Check Your Label ( CYL ) dan Klik Dengan
Bijak ( KDB ) bersama Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili
Tarikh : 28 Julai 2016
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili
Taklimat Advokasi E-waste diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah kepada masyarakat.Selain itu juga, ia dapat memberikan pendidikan tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih anda serta kaedah pelupusan atau kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang
tamat jangka hayatnya.
Bagi Taklimat Check Your Label ( CYL ) pula adalah kempen untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada
orang ramai agar
memastikan peralatan komunikasi mempunyai
LABEL MCMC yang sahih sebelum membelinya. Ia secara tidak langsung memberikan pendedahkan kepada para pengguna tentang hak mereka sebagai pengguna apabila membeli dan menggunakan alat telekomunikasi.
Program Klik Dengan Bijak pula memberikan pendedahan kepada para pengguna internet terutamanya tentang keselamatan, berwaspada dan sikap postif yang harus di amalkan semasa menggunakan kemudahan internet.
Berikut merupakan koleksi bergambar sepanjang program berlangsung.
No comments:
Post a Comment