Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Engkilili Anjuran Bersama Unit Kaunseling SMK Engkilili, Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili, Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu dan Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh.
Tarikh : 26.10.2016
Masa : 0900 am - 1030 am
Tempat : Makmal Komputer SMK Engkilili
Aktiviti : 1 ) Ceramah Klik Dengan Bijak dan Kuiz
2 ) Tayangan Video Klik Dengan Bijak
3 ) Ceramah E- Waste
4 ) Ceramah Check Your Label
5 ) KDB - Searchwords & Crosswords
6 ) KDB - Telefon Berkarat
Berikut merupakan peristiwa bergambar sepanjang program berlangsung:
Tuesday, 25 October 2016
Wednesday, 5 October 2016
Kelas Usahawan bersama Perunding Kecantikan Mary Kay's Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili
Program : Kelas Usahawan bersama Perunding Kecantikan Mary Kay's Anjuran Pusat
Internet 1 Malaysia Engkilili.
Tarikh : 24 September 2016
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili
Cik Grace merupakan salah seorang peserta Program INTEL dan Asas Keusahawanan Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili. Beliau telah menjadi Beauty Consultant kepada produk kecantikan Mary Kay's. Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili menganjurkan Kelas Asas Usahawan berserta Kelas Asas Penjagaan Muka, Spa Tangan dan Make Up bersama Cik Grace dimana beliau dapat mempromosi produk serta perkhidmatan beliau kepada para peserta. Program seperti ini juga dapat memberikan peluang kepada Usahawan serta para peserta yang terlibat untuk membuka minat mereka untuk menjadi usahawan serta membuka peluang mereka menjadi Usahawan.
Berikut merupakan koleksi bergambar sepanjang kelas tersebut berlangsung:
Taklimat Advokasi E Waste , CYL (Check Your Label) dan Klik Dengan Bijak ( KDB ) Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili
Program : Taklimat Advokasi E-Waste, Check Your Label ( CYL ) dan Klik Dengan
Bijak ( KDB ) bersama Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili
Tarikh : 28 Julai 2016
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili
Taklimat Advokasi E-waste diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah kepada masyarakat.Selain itu juga, ia dapat memberikan pendidikan tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih anda serta kaedah pelupusan atau kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang
tamat jangka hayatnya.
Bagi Taklimat Check Your Label ( CYL ) pula adalah kempen untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada
orang ramai agar
memastikan peralatan komunikasi mempunyai
LABEL MCMC yang sahih sebelum membelinya. Ia secara tidak langsung memberikan pendedahkan kepada para pengguna tentang hak mereka sebagai pengguna apabila membeli dan menggunakan alat telekomunikasi.
Program Klik Dengan Bijak pula memberikan pendedahan kepada para pengguna internet terutamanya tentang keselamatan, berwaspada dan sikap postif yang harus di amalkan semasa menggunakan kemudahan internet.
Berikut merupakan koleksi bergambar sepanjang program berlangsung.
Program Advokasi E-Waste bersama Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili Julai 2016
Program Advokasi E waste dan Check Your Label merupakan Program yang diperkenalkan oleh MCMC.
Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan Taklimat Advokasi E-waste & Check Your Label bersama para pelajar SMK Engkilili pada 24 Julai yang lalu di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili. Para peserta diberikan pendedahan tentang kaedah pemeriksaan Label MCMC yang sah pada alat komunikasi.
Taklimat ini juga dapat mendidik dan memberikan kesedaran kepada orang ramai agar memastikan peralatan komukasi harus mempunyai Label MCMC yang sah sebelum membeli untuk menjamin keselamatan dan kualiti alat telekomunikasi tersebut.
Berikut merupakan koleksi bergambar sepanjang Taklimat Advokasi E-Waste berlangsung:
Dengan pendedahan seperti ini, para pengguna akan lebih peka dan mengetahui hak mereka sebagai pengguna sebelum membeli peralatan komunikasi untuk memastikan keselamatan serta hak mereka terjamin.
BEL MCMC YANG SAHIH sebelum membelinya
Subscribe to:
Posts (Atom)