PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK PI1M ENGKILILI DI SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK ANTU PADA 24 OGOS 2015.
Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Lubok Antu yang melibatkan seramai 34 orang murid-murid Tahun 5. Antara aktiviti Klik Dengan Bijak yang dilakukan ialah Aktiviti Ceramah Klik Dengan Bijak yang di sampaikan oleh kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili, Kuiz Klik Dengan Bijak, Tayangan Video Pendek Klik Dengan Bijak, Aktiviti Words Search KDB, Aktiviti Crossowrds Puzzle KDB, Aktiviti Betul Ke Bohong KDB dan Aktiviti Telefon Berkarat KDB. Murid-murid melibatkan diri dengan aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Berikut merupakan koleksi gambar-gambar sepanjang Program Klik Dengan Bijak tersebut berlangsung.
No comments:
Post a Comment