Wednesday, 30 September 2015



PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG AI, LUBOK ANTU PADA 25 OGOS 2015


Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan Progam Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Batang Ai yang melibatkan murid-murid Tahun 5 seramai 57 orang dan 3 orang kakitangan sekolah.


Berikut merupakan koleksi gambar-gambar sepanjang program tersebut berlansung.













PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK PI1M ENGKILILI DI SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK ANTU PADA 24 OGOS 2015.



Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Lubok Antu yang melibatkan seramai 34 orang murid-murid Tahun 5. Antara aktiviti  Klik Dengan Bijak yang dilakukan ialah Aktiviti Ceramah Klik Dengan Bijak yang di sampaikan oleh kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili, Kuiz Klik Dengan Bijak, Tayangan Video Pendek Klik Dengan Bijak, Aktiviti Words Search KDB, Aktiviti Crossowrds Puzzle KDB, Aktiviti Betul Ke Bohong KDB dan Aktiviti Telefon Berkarat KDB. Murid-murid melibatkan diri dengan aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Berikut merupakan koleksi gambar-gambar sepanjang Program Klik Dengan Bijak tersebut berlangsung.


















Tuesday, 1 September 2015

Bengkel Klik Dengan Bijak di SK Sbangki, Lubok Antu, Sarawak


Bengkel Klik Dengan Bijak ( KDB ) Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Sbangki pada 21 Ogos 2015. Bengkel KDB di SK Sbangki ini melibatkan murid-murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Program Klik Dengan Bijak ini merupakan inisiatif pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ( SKMM ) yang yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab.
Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.

Berikut merupakan koleksi bergambar sepanjang Bengkel Klik Dengan Bijak di SK Sbangki :











Bengkel Klik Dengan Bijak di SK Nanga Kesit, Lubok Antu, Sarawak


Pada 20 Ogos 2015 yang lalu, PI1M Engkilili telah mengadakan Bengkel Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit, Lubok Antu yang melibatkan murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Bengkel ini di adakan adalah bertujuan untuk melahirkan sikap wasapada, selamat dan bertanggungjawab di kalangan murid-murid. Selain Ceramah yang di sampaikan oleh kakitangan PI1M Engkilili, aktiviti KDB seperti Kuiz Klik Dengan Bijak, Pertandingan Crosswords Puzzle KDB, Pertandingan Searchwords KDB, Aktiviti Telefon Berkarat KDB, Aktiviti Betul Ke Bohong KDB yang melibatkan murid-murid mampu memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep Klik Dengan Bijak apabila menggunakan internet.

Berikut adalah koleksi bergambar sepanjang Bengkel Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit: