Wednesday, 28 October 2015

PAMERAN BOOTH TERBUKA PI1M ENGKILILI SEMPENA PESTA ENGKILILI 2015


PAMERAN BOOTH  TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA ENGKILILI SEMPENA PESTA ENGKILILI PADA 02 OKTOBER 2015 SEHINGGA 04 OKTOBER 2015 DI DATARAN ENGKILILI, SARAWAK.

Pada 02 Oktober sehingga 04 Oktober 2015 , pihak Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah membuka Booth Pameran Terbuka bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan dan agensi-agensi bukan kerajaan di Tapak Pameran Sempena Pesta Engkilili.

Pesta Engkilili Tahun 2015 di rasmikan oleh Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu Datuk William Nyalau Anak Badak dan turut dihadiri oleh DUN  N.28 Engkilili Dr. Johnical Rayong Anak Ngipa, Pegawai Daerah Lubok Antu Encik Jack Aman Luat, Pegawai Tadbir EngkililiSetiausaha Majllis Daerah Lubok Antu, ketua-ketua masyarakat dan ramai lagi.

Sepanjang Booth Terbuka PI1M Engkilili telah mengadakan beberapa aktiviti seperti :

1. Program Klik Dengan Bijak
2. Pendaftaran Ahli PI1M Engkilili secara percuma.
3. Kuiz KDB.
4. Wefie bersama tag KDB.
5. Pameran Bergambar.

Majlis penutupan pada 04 Oktober 2015 Pesta Engkilili 2015 pula dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr. Alfred Jabu Numpang, Ahli Parlimen P.203 Datuk William Nyalau Anak Badak, Ahli DUN N.28 Dr. Johnical Rayong Anak Ngipa, Ahli DUN N.29 Batang Ai Encik Malcolm Mussen Lamoh, Residen Bahagian Sri Aman, Pegawai Daerah Lubok Antu, Pegawai Tadbir, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu dan ramai lagi.


Berikut merupakan koleksi bergambar di Booth Terbuka PI1M Engkilili sepanjang Pesta Engkilili Tahun 2015 berlangsung:














 Program Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Sedarat, Sarawak oleh Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili Tahun 2015.

Pada 03 September 2015 yang lalu, PI1M Engkilili telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak di Dewan Makan Sekolah Kebangsaan Sedarat, Engkilili, Sarawak yang melibatkan murid-murid Tahun 1 sehingga Tahun 5. Program Klik Dengan Bijak berlangsung selama 1 Jam 30 Minit. Antara aktiviti Klik Dengan Bijak yang dilaksanakan sepanjang Program KDB tersebut ialah:

1. Ceramah Klik Dengan Bijak.
2. Kuiz Klik Dengan Bijak.
3. Tayangan Video Pendek KDB.
4. Aktiviti Telefon Berkarat KDB.
5. Searchword KDB.
6. Crosswords Puzzle KDB.

Berikut merupakan koleksi bergambar sepanjang Program Klik Dengan Bijak tersebut berlangsung.











PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA ENGKILILI DI SEKOLAH KEBANGSAAN ENGKILILI NO. 2 PADA 02 SEPTEMBER 2015.

Pada 2 September yang lalu, PI1M Engkilili telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang melibatkan murid-murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Engkilili No.2. Ceramah Klik Dengan Bijak di sampaikan oleh Pengurus PI1M Engkilili Pn. Sylivia Geran dan dibantu oleh Penolong Pengurus PI1M Engkilili Cik Stella Richat.

Program  ini berlangsung selama 1 jam 30 minit. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Klik Dengan Bijak tersebut ialah seperti berikut:

1. Ceramah KliK Dengan Bijak.
2. Kuiz Klik Dengan Bijak.
3. Tayangan Video Pendek Klik Dengan Bijak.
4. Aktiviti Betul Ke Bohong Klik Dengan Bijak.
5. Aktiviti Telefon Berkarat Klik Dengan Bijak.

Berikut merupakan koleksi bergambar sepanjang Program KDB berlansung:














Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili akan terus aktif membuat program seperti ini di masa hadapan supaya tahap kepekaan terhadap penggunaan internet yang lebih selamat dapat dipelajari oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira had umur.

Monday, 5 October 2015




PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN ENGKILILI NO.1 PADA 01 SEPTEMBER 2015

Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak di Dewan Sekolah Kebangsaan Engkilili No.1 yang melibatkan murid-murid Tahun 5 dan Tahun 4.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Klik Dengan Bijak, Tayangan Video Pendek KDB, Telefon Berkarat, Betul Ke Bohong, Crosswords Puzzle.

Berikut merupakan koleksi bergambar sepanjang program tersebut berlangsung.























PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLEH KEBANGSAAN MELABAN, LUBOK ANTU SARAWAK PADA 27 OGOS 2015


Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak di S.K. Skarok, Lubok Antu Sarawak pada 27 Ogos yang lalau bertempat di Dewan Sekolah yang melibatkan murid-murid Tahun 1 sehingga Tahun 5.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah  Ceramah Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Cik Stella, Penolong Pengurus PI1M Engkilili, Tayangan Video Pendek KDB, Kuiz Klik Dengan Bijak, Aktiviti Telefon Berkarat, Crosswords Puzzle KDB dan Searchwords KDB.

Berikut merupakan koleksi bergambar sepanjang program tersebut berlangsung.